• “Peer Counselor” kawasan Selatan selesai

  • Back
July 13, 2010 by 

Alhamdulillah… pada 2 hingga 4 Julai yang lalu, bengkel “Peer Counselor” telah dijalankan di Chalet Kak Long, Melaka. Seramai 33 orang peserta telah mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh “Malaysian Breastfeeding Peer Counselor” atau MBfPC bagi kawasan selatan ini. Bengkel ini disertai oleh peserta dari Melaka dan Johor, serta beberapa orang dari Selangor dan Kuala Lumpur. Seramai 10 orang jurulatih berpengalaman menggembeling tenaga dalam bengkel kali ini.

Bengkel yang bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 6.00 petang setiap hari ini tidak sia-sia bagi kesemua peserta walaupun terpaksa mengorbankan cuti hujung minggu mereka. Malah mereka sangat tekun dan bersemangat untuk menimba ilmu sepanjang 3 hari mereka di sana. Dalam kalangan peserta kali ini, turut serta adalah sepasang suami isteri yang sungguh bersemangat. Ini adalah contoh dan permulaan yang baik kepada pasangan lain kerana kaum bapa juga perlu mendalami ilmu tentang penyusuan ibu ini. 

Perkampungan selama tiga hari ini terasa singkat bagi kesemua peserta. Ilmu yang disampaikan oleh jurulatih yang berpengalaman membuatkan semua peserta lebih berkeyakinan untuk membantu ibu-ibu di luar sana. Berkat kesungguhan kesemua peserta dan jurulatih, bengkel ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Tahniah diucapkan! 

Dengan berakhirnya bengkel ini pihak MBfPC berharap agar kesemua peserta dapat berganding bahu dan bersama-sama bagi membantu ibu-ibu di luar sana serta keluarga terdekat yang memerlukan sokongan dalam penyusuan ibu. Melalui latihan yang berterusan inilah yang akan menggilap kemahiran mereka sebagai Pembimbing Rakan Sebaya Penyusuan Ibu (Breastfeeding Peer Counselor). 

Selaku penganjur bengkel ini, kami berharap agar para peserta memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang ditimba dari program ini. Kami juga berharap, bengkel seterusnya yang akan diadakan di Sabah kelak, akan dapat berjalan dengan lancar. 

 

Leave your comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.