Sistem Aduan Kendiri Pelanggaran Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan
Sistem Aduan Kendiri Pelanggaran Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan
Apakah Sistem Aduan Kendiri Pelanggaran Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk berkaitan? Perlaksaan sistem aduan kendiri pelanggaran tata etika pemasaran makanan bayi dan produk berkaitan adalah dalam rangka mempertahankan keunggulan susu ibu dan membantu dalam pemakanan bayi yang selamat dan optima. Inisiatif ini dilakukan untuk memastikan pelindungan (protect), pengalakkan (promote) dan sokongan (support) penyusuan […]
Poster-poster panduan penyusuan di musim wabak #COVID-19 ini telah diterjemahkan dari WHO International. Sila muat turun dan sebarluaskan bagi panduan ibu-ibu dan kakitangan kesihatan. Disclaimer: These translations were not created by the World Health Organization (WHO). WHO is not responsible for the content or accuracy of this translation. The original editions ( Listed in http://ilca.org/covid-19/ […]
Dr Umawathy a/p Techanamurthy berasal dari Kajang, Selangor. Beliau bertugas sebagai Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Komuniti (2009 – 2018). Beliau berjaya meraih ijazah doktor falsafah dalam bidang Teknologi Pengajaran (Instructional Technology) dari Universiti Malaya pada […]
Selamat Datang ke Laman Web Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC)
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah jaringan sukarelawan pembimbing Ibu-ke-Ibu (Peer Counselors) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu. Program latihan MBfPC ini telah dikendalikan oleh SusuIbu.com dan sebahagian dana ditaja oleh UNICEF serta mendapat sokongan daripada WABA.
Program MBfPC ini telah bermula pada awal Januari tahun 2010 dengan melatih 19 individu sebagai ‘MBfPC Program Administrator’ yang seterusnya berfungsi untuk melatih bakal pembimbing Ibu-ke-Ibu. Kini, MBfPC telah melahirkan seramai 125 orang pembimbing Ibu-ke-Ibu yang telah terlatih menerusi siri program latihan MBfPC yang dijalankan menikut kawasan (Utaran, Selatan, Pantai Timur, Pantai Barat) di Semenanjung Malaysia.