Sistem Aduan Kendiri Pelanggaran Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan

Apakah Sistem Aduan Kendiri Pelanggaran Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk berkaitan?

Perlaksaan sistem aduan kendiri pelanggaran tata etika pemasaran makanan bayi dan produk berkaitan adalah dalam rangka mempertahankan keunggulan susu ibu dan membantu dalam pemakanan bayi yang selamat dan optima.

Inisiatif ini dilakukan untuk memastikan pelindungan (protect), pengalakkan (promote) dan sokongan (support) penyusuan susu ibu secara berterusan. Ia tidak terhad kepada produk tersenarai seperti di bawah agar dipasarkan dengan betul, beretika dan tidak mengganggu penyusuan ibu.

☑️Rumusan bayi
☑️Rumusan susulan
☑️Rumusan khas
☑️Botol susu
☑️Puting susu
☑️Puting kosong
☑️Makanan pelengkap

Kami di Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association (MBfPCA) bertindak sebagai platform tidak rasmi dalam pelaporan dan aduan yang berkaitan dengan mana-mana isu yang berkaitan dengan produk yang tersenarai dan tidak mematuhi tata etika yang telah di tetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kami ingin nyatakan di sini bahawa kami bukan platform yang dilantik oleh WHO dan KKM, namun ia adalah sebuah inisiatif kendiri untuk memudahkan pelaporan perlanggaran tata etika berkaitan yang disyaki oleh ramai penyokong dan pendukung penyusuan ibu yang ada.


Bagaimana ia boleh di lakukan?

Sebarang aduan yang berkaitan produk tersenarai boleh dilakukan melalui pautan di bawah :

https://bit.ly/2lIRSIN
https://bit.ly/2lIRSIN
https://bit.ly/2lIRSIN

Mungkin ada di antara kita yang masih baru dan keliru tentang tata etika pemasaran makanan bayi dan produk berkaitan ini, namun ia adalah langkah pertama daripada kami dalam usaha mengadvokasi tentang ini.

Kami akan terus berkongsi tentang tata etika pemasaran makanan bayi dan produk berkaitan secara konsisten dalam memastikan pelindungan (protect), penggalakkan (promote) dan sokongan (support) penyusuan susu ibu.