• Train the Trainers for Peer Counselors Program

  • Back
March 12, 2010 by 

Alhamdulillah, bermula 14 hingga 19 Januari 2010, Nurturing Concepts Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah program latihan bertajuk “Train the Trainers for Peer Counselors Program”. Sebahagian besar perbelanjaan projek ini adalah sumbangan UNICEF dan projek ini disokong sepenuhnya oleh WABA. Program yang berlangsung selama enam hari ini telah diadakan di Ibu Pejabat Nurturing Concepts Sdn Bhd, di Seri Kembangan.

Program ini telah disertai oleh 19 orang peserta iaitu Puan Nor Kamariah, Puan Rita Rahayu, Puan Jasmeen Tay, Dr Ning Desiyanti Soehartojo, Dr Nazatul Shiha, Dr Ashikin, Dr Ezura Madiana, Dr Faridah, Puan Norashida, Puan Zatul Hijanah, Puan Aishah Mariam, Puan Nurhayati, Puan Suria Irdayu, Puan Siti Nur Suraya, Cik Wong Hui Juan, Puan Ida Murni, Puan Farah Farhan, Puan Norfazlinda dan Puan Yusrina. 


Ucapan aluan daripada Pengarah Nurturing Concepts Sdn Bhd, Puan Rita Rahayu Omar


Ucapan pembukaan oleh Puan Julianna Abdullah dari WABA

Para peserta program ini berkampung di pusat latihan dari jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang, setiap hari. Mereka dihidangkan dengan pelbagai aktiviti dan ceramah yang dikendalikan oleh tetamu jemputan iaitu Puan Kathy Baker dari Chicago, Illinois, USA dan Puan Pushpa Panadam, seorang rakyat Malaysia yang sekarang menetap di Asuncion, Paraguay.


Kathy Baker

Antara aktiviti penting yang telah dilalui oleh peserta kursus adalah:
1.Bengkel 4 hari tentang fungsi dan peranan Peer Counselor Program Adiministrator
2.Bengkel 2 hari praktikal dalam pengendalian Latihan Peer Couselor


Sesi perkenalan dan pengalaman menyusukan anak oleh para peserta


Para peserta mendengar ceramah yang diberikan dengan penuh minat


Ceramah yang disampaikan oleh Puan Kathy Baker


Salah seorang peserta sedang membentangkan kertas kerja


Sesi latihan berjalan secara santai dan dalam pelbagai konsep

Di akhir program ini, kesemua peserta kursus telah berkeyakinan penuh dan berakur janji untuk memulangkan segala yang dipelajari kepada masyarakat setempat dan berkongsi ilmu serta pengalaman untuk membentuk sokongan secara menyeluruh untuk semua ibu-ibu menyusu di Malaysia. 

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!


Networking yang menunjukkan setiap peserta saling memerlukan dalam mempertingkatkan usaha menyokong penyusuan susu ibu


Puan Kathy di akhir ceramahnya


Puan Rita Rahayu dan Puan Nor Kamariah setelah tamat kursus

 

 

Leave your comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.