Pensyarah Perubatan & Pakar Patologi (Hematologi) UPM
Dr. Faridah Idris juga adalah salah seorang ahli dalam bahagian pendidikan untuk organisasi Program Pembimbing Penyusuan Ibu Malaysia atau Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), suatu badan sukarela yang bertujuan melatih ibu yang menyusukan anak, sebagai rakan pembimbing kepada ibu lain. Beliau sudah terlibat sebagai jurulatih dan melatih ratusan pembimbing ibu atau peer counselor (PC) di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak sejak tahun 2010.
Selain menjadi pengasas dan penggerak kepada Kelab Susu Ibu Seremban, sebuah kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di Seremban, beliau juga aktif memenuhi jemputan ceramah dan bengkel berkaitan penyusuan susu ibu di agensi kerajaan mahupun swasta.
Pengalaman menyusukan keenam-enam orang anaknya dalam tempoh yang pelbagai, disulami dengan kegagalan dan kejayaan, di samping ilmu khusus yang beliau pelajari, pastinya menjadi aset berharga untuk dikongsikan kepada para peserta Konvensyen Prisma 2015.