• Penyusuan Ibu Semasa Bencana

  • Back
Penyusuan Kesiapsiagaan Bencana

Penyusuan ketika Wabak COVID-19

Semasa kecemasan atau bencana; teruskan penyusuan, elakkan berhenti menyusu, dan dapatkan sokongan, galakan serta maklumat. Klik panduan di bawah untuk maklumat lanjut.Penyusuan Kesiapsiagaan Bencana

atau muat turun versi PDF: MBFPC Training Module 2nd Ed 2019

Penyusuan ketika Bencana Alam

Penyusuan Susu Ibu adalah pemakanan bayi paling selamat pada masa bencana seperti banjir.

Untuk bayi anda yang berusia 6 bulan ke atas, teruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun disamping makanan pelengkap.

Bagi ibu-ibu yang memilih untuk memberikan susu formula kepada bayi mereka, adalah disarankan oleh WHO untuk memberikan susu yang tersedia untuk terus diminum.

Ini adalah kerana keadaan bencana yang terputus bekalan air dan letrik menyukarkan untuk mendapatkan air bersih untuk membancuh formula.

Jika ibu-ibu terberhenti daripada menyusu dan mendapati susu mulai kering, ibu-ibu boleh memulakan semula penyusuan – relaktasi mengikut panduan dalam info grafik yang disediakan.

Sila muat turun (klik pada gambar untuk resolusi tinggi) dan sebarkan maklumat ini.
Fakta dan Mitos Penyusuan Semasa Bencana

Teks Pendahuluan: Dr Zaharah Sulaiman, USM
Infografik: Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association (MBFPCA)