Bengkel Latihan Penyusuan Ibu Menyusu Zon Selatan


Alhamdulillah, berakhirlah sudah bengkel latihan yang dianjurkan oleh Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM) pada 16 – 18 September yang lalu. Bengkel kali ini khusus untuk mereka yang berada di kawasan selatan dan merupakan bengkel terakhir di Semenanjung Malaysia untuk tahun ini. Bengkel selama 3 hari ini telah diadakan di Dewan Seri Meranti, Kolej Rahman Putera, UTM Skudai, Johor. 

(more…)
Berita Kehilangan Peer Counselor Mbfpc

Berita Kehilangan Peer Counselor Mbfpc

* Maklumat terkini - Sdr Ithnin telah dijumpai malam tadi - maklumat penuh akan menyusul. Ini dari FB isteri beliau: "Alhamdulillah, syukur to ALLAH..genap 3 hari akhirnya suami saya ditemui oleh seorang sahabat di sebuah masjid yang terdahulunya sudah saya dan sahabat2 terdekat periksa untuk mencari, tapi tak berjumpa...suami saya sihat alhamdulillah, cuma dalam keadaan keliru sedikit (keliru dari sudut masa)...terima kasih kalian....saya mohon ALLAH ganjarkan anda dengan jutaan khayr wa ajrun kabir.." *Salam sejahtera,Dukacita dimaklumkan, salah seorang Peer Counselor kita yang baru dilatih di Kedah baru-baru ini dilaporkan hilang sejak semalam.Nama beliau…continue reading →

Bengkel Latihan PPIMM di Zon Utara 2011 sudah selesai

Alhamdulillah…Program Penyusuan Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM) telah berjaya mengadakan bengkel latihan yang ketiga untuk tahun 2011. Bengkel kali ini diadakan khusus untuk peserta dari kawasan Utara dan negeri pilihan kali ini ialah Kedah. Ianya telah diadakan pada 10 – 12 Jun, di WNS Homestay, Alor Setar.

(more…)
Bengkel Latihan PPIMM Zon Pantai Timur tahun 2011 sudah selesai

Bengkel Latihan PPIMM Zon Pantai Timur tahun 2011 sudah selesai

Alhamdulillah...bengkel latihan bagi Zon pantai Timur telah berjaya diadakan selama tiga hari berturut-turut pada 14 -16 Mei 2011 di Pok Ju Homestay, Kuala Terengganu. Pihak pengurusan Program Penyusuan Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM) / Malaysian Breastfeeding Peer Counselors (MBfPC) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Walaupun peserta yang hadir kali ini dalam kumpulan yang agak kecil namun hikmahnya setiap peserta yang hadir mendapat perhatian maksimum sepanjang program berlangsung. Perkongsian pengalaman dan maklumat yang menjadi teras program ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan dalam kumpulan yang sederhana kecil seperti ini.

(more…)

Bengkel latihan PPIMM Zon Tengah tahun 2011 sudah selesai



Alhamdulillah…Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang sekali lagi kepada Program Penyusuan Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM) / Malaysian Breastfeeding Peer Counselors (MBfPC) untuk menjalankan bengkel latihan siri yang kedua bagi tahun 2011. Bengkel untuk tahun ini dimulakan di Zon Tengah yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bengkel ini telah diadakan selama 4 hari, iaitu 2 minggu berturut-turut, pada 9, 10, 16 dan 17 April yang lalu.

(more…)

Selamat Datang

Selamat Datang ke Laman Web Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah jaringan sukarelawan pembimbing Ibu-ke-Ibu (Peer Counselors) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu. Program latihan MBfPC ini telah dikendalikan oleh SusuIbu.com dan sebahagian dana ditaja oleh UNICEF serta mendapat sokongan daripada WABA. Program MBfPC ini telah bermula pada awal Januari tahun 2010 dengan melatih 19 individu sebagai 'MBfPC Program Administrator' yang seterusnya berfungsi untuk melatih bakal pembimbing Ibu-ke-Ibu. Kini, MBfPC telah melahirkan seramai 125 orang pembimbing Ibu-ke-Ibu yang telah terlatih…continue reading →

SusuIbu.Com dan MBfPC di Fiesta Kajang 2010



Alhamdulillah...Pada hari Jumaat, 30 Julai 2010, Susuibu.com dan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MbfPC) telah sama-sama membuka kaunter perkhidmatan di Fiesta Kajang 2010 baru-baru ini selama tiga hari. Kaunter MbfPC ini mendapat sambutan yang baik oleh kesemua pengunjung yang hadir.

(more…)

“Peer Counselor” kawasan Selatan selesai



Alhamdulillah... pada 2 hingga 4 Julai yang lalu, bengkel “Peer Counselor” telah dijalankan di Chalet Kak Long, Melaka. Seramai 33 orang peserta telah mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh “Malaysian Breastfeeding Peer Counselor” atau MBfPC bagi kawasan selatan ini. Bengkel ini disertai oleh peserta dari Melaka dan Johor, serta beberapa orang dari Selangor dan Kuala Lumpur. Seramai 10 orang jurulatih berpengalaman menggembeling tenaga dalam bengkel kali ini.

(more…)

Kathy M. Baker Dalam Ingatan



Kathy M. Baker adalah nama yang tidak asing lagi dalam bidang laktasi antarabangsa. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir dalam tidurnya pada 27 Mei 2010 yang lalu, di rumah beliau di Lombard, Illinois, Amerika Syarikat. Kathy meninggal dunia ketika umur beliau menjangkau 61 tahun. Merupakan bekas graduan Glenbard East High School pada tahun 1966. Kemudian beliau menyambung pengajian di Westley Memorial Nursing School di Chicago. Beliau juga adalah seorang IBCLC dan telah berkhidmat sebagai 'Leader' selama 30 tahun bersama La Leche League International. 

(more…)