Bengkel Latihan PPIMM di Zon Utara 2011 sudah selesai

Alhamdulillah…Program Penyusuan Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM) telah berjaya mengadakan bengkel latihan yang ketiga untuk tahun 2011. Bengkel kali ini diadakan khusus untuk peserta dari kawasan Utara dan negeri pilihan kali ini ialah Kedah. Ianya telah diadakan pada 10 – 12 Jun, di WNS Homestay, Alor Setar.

(more…)
Bengkel Latihan PPIMM Zon Pantai Timur tahun 2011 sudah selesai

Bengkel Latihan PPIMM Zon Pantai Timur tahun 2011 sudah selesai

Alhamdulillah...bengkel latihan bagi Zon pantai Timur telah berjaya diadakan selama tiga hari berturut-turut pada 14 -16 Mei 2011 di Pok Ju Homestay, Kuala Terengganu. Pihak pengurusan Program Penyusuan Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM) / Malaysian Breastfeeding Peer Counselors (MBfPC) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Walaupun peserta yang hadir kali ini dalam kumpulan yang agak kecil namun hikmahnya setiap peserta yang hadir mendapat perhatian maksimum sepanjang program berlangsung. Perkongsian pengalaman dan maklumat yang menjadi teras program ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan dalam kumpulan yang sederhana kecil seperti ini.

(more…)

Bengkel latihan PPIMM Zon Tengah tahun 2011 sudah selesai



Alhamdulillah…Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang sekali lagi kepada Program Penyusuan Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM) / Malaysian Breastfeeding Peer Counselors (MBfPC) untuk menjalankan bengkel latihan siri yang kedua bagi tahun 2011. Bengkel untuk tahun ini dimulakan di Zon Tengah yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bengkel ini telah diadakan selama 4 hari, iaitu 2 minggu berturut-turut, pada 9, 10, 16 dan 17 April yang lalu.

(more…)

SusuIbu.Com dan MBfPC di Fiesta Kajang 2010



Alhamdulillah...Pada hari Jumaat, 30 Julai 2010, Susuibu.com dan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MbfPC) telah sama-sama membuka kaunter perkhidmatan di Fiesta Kajang 2010 baru-baru ini selama tiga hari. Kaunter MbfPC ini mendapat sambutan yang baik oleh kesemua pengunjung yang hadir.

(more…)

“Peer Counselor” kawasan Selatan selesai



Alhamdulillah... pada 2 hingga 4 Julai yang lalu, bengkel “Peer Counselor” telah dijalankan di Chalet Kak Long, Melaka. Seramai 33 orang peserta telah mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh “Malaysian Breastfeeding Peer Counselor” atau MBfPC bagi kawasan selatan ini. Bengkel ini disertai oleh peserta dari Melaka dan Johor, serta beberapa orang dari Selangor dan Kuala Lumpur. Seramai 10 orang jurulatih berpengalaman menggembeling tenaga dalam bengkel kali ini.

(more…)

Kathy M. Baker Dalam Ingatan



Kathy M. Baker adalah nama yang tidak asing lagi dalam bidang laktasi antarabangsa. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir dalam tidurnya pada 27 Mei 2010 yang lalu, di rumah beliau di Lombard, Illinois, Amerika Syarikat. Kathy meninggal dunia ketika umur beliau menjangkau 61 tahun. Merupakan bekas graduan Glenbard East High School pada tahun 1966. Kemudian beliau menyambung pengajian di Westley Memorial Nursing School di Chicago. Beliau juga adalah seorang IBCLC dan telah berkhidmat sebagai 'Leader' selama 30 tahun bersama La Leche League International. 

(more…)

Bengkel “Peer Counselor” Kawasan Timur berjalan lancar.



Alhamdulillah...Pada 30 April hingga 2 Mei yang lalu, bengkel ketiga “Peer Counselor” telah berjaya diadakan di Leenai Homestay, Kuantan, Pahang. Projek “Malaysian Breastfeeding Peer Counselor” anjuran SusuIbu.com ini telah dihadiri seramai 26 orang peserta dan 5 orang jurulatih. Bengkel ini merangkumi keseluruhan kawasan pantai timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

(more…)

“Peer Counselor” kawasan Tengah sudah tamat


Alhamdulillah...pada 2 hingga 4 April, bengkel kedua “Peer Counselor” telah berjaya dilaksanakan di Rumah DARUNNA, Klang, Selangor. Projek yang dianjurkan oleh “Malaysian Breastfeeding Peer Counselor” telah dihadiri seramai 48 orang peserta dan 10 orang jurulatih. Ini merupakan bengkel terbesar yang pernah dianjurkan setakat ini. Bengkel kedua ini merangkumi semua peserta dari kawasan tengah iaitu Kuala Lumpur dan Selangor.

(more…)

Bengkel “Peer Counselor” Kawasan Utara Selesai.. Kini Gerak Kerja Bermula..



Bermula 5 hingga 7 Mac, 2010, bengkel pertama “Peer Counselor” untuk Projek “Malaysian Breastfeeding Peer Counselor” telah berjaya dilaksanakan di Pulau Pinang. Seramai 19 orang peserta telah menyertai program ini dan dijayakan oleh 4 orang pelatih. Bengkel pertama ini merangkumi semua peserta dari kawasan utara iaitu daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

(more…)

Train the Trainers for Peer Counselors Program



Alhamdulillah, bermula 14 hingga 19 Januari 2010, Nurturing Concepts Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah program latihan bertajuk “Train the Trainers for Peer Counselors Program”. Sebahagian besar perbelanjaan projek ini adalah sumbangan UNICEF dan projek ini disokong sepenuhnya oleh WABA. Program yang berlangsung selama enam hari ini telah diadakan di Ibu Pejabat Nurturing Concepts Sdn Bhd, di Seri Kembangan.

(more…)