Berita Kehilangan Peer Counselor Mbfpc

* Maklumat terkini – Sdr Ithnin telah dijumpai malam tadi – maklumat penuh akan menyusul. Ini dari FB isteri beliau: “Alhamdulillah, syukur to ALLAH..genap 3 hari akhirnya suami saya ditemui oleh seorang sahabat di sebuah masjid yang terdahulunya sudah saya dan sahabat2 terdekat periksa untuk mencari, tapi tak berjumpa…suami saya sihat alhamdulillah, cuma dalam keadaan keliru sedikit (keliru dari sudut masa)…terima kasih kalian….saya mohon ALLAH ganjarkan anda dengan jutaan khayr wa ajrun kabir..” *


Salam sejahtera,

Dukacita dimaklumkan, salah seorang Peer Counselor kita yang baru dilatih di Kedah baru-baru ini dilaporkan hilang sejak semalam.

Nama beliau adalah Encik Ithnin bin Ngadiman (gambar di bawah), suami kepada Puan Salwa. Kali terakhir dilihat di rumah beliau di Taman Desa Damai, Alam Damai, Cheras, Selangor pada Selasa 2 Ogos 2011, pukul 3 pagi.

Pada waktu itu, beliau keluar rumah menuju ke kereta untuk mengambil tafsir alQuran yang tertinggal di dalam kereta. Tetapi setelah lebih 20 minit berlalu, beliau masih tidak kelihatan lagi. Sejak dari detik itu, baliau masih tidak ditemui hingga ke hari ini.

Mohon jasa baik semua untuk mendoakan kesejahteraan kepada Encik Ithnin dan diberi petunjuk jalan pulang ke rumahnya. Juga mohon doakan Puan Salwa juga diberi kekuatan untuk menghadapi saat getir sebegini.

Sebarang maklumat, mohon hubungi:-
Sarjan Radha (Polis) – 0126059997
Salwa (Isteri) – 0133101221 atau 0163743248 (ibu Salwa)

Jika ada sebarang cara untuk menghulur bantuan kepada keluarga Salwa, sila tolong usahakan. Sahabat kita ini amat memerlukan sokongan dari kita semua.

Sekian, harap maklum.

PM

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *