Bermula 5 hingga 7 Mac, 2010, bengkel pertama “Peer Counselor” untuk Projek “Malaysian Breastfeeding Peer Counselor” telah berjaya dilaksanakan di Pulau Pinang. Seramai 19 orang peserta telah menyertai program ini dan dijayakan oleh 4 orang pelatih. Bengkel pertama ini merangkumi semua peserta dari kawasan utara iaitu daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Bengkel ini telah dimanfaatkan oleh kesemua peserta untuk menimba ilmu dan pengalaman dengan begitu tekun sekali. Setiap hari program bermula seawal jam 8:30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 6 petang. Program ini bukan sahaja disertai oleh wanita-wanita yang gigih dalam mendalami pengetahuan sokonga penyusuan ibu, malah dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak kecil yang menemani ibu-ibu mereka. Tidak kurang juga ada ayah yang muncul sekali dua menghulur bantuan di kala diperlukan.

Bengkel selama 3 hari ini telah dilaksanakan di Pejabat Socio-Economic and Environmental Research Institute (SERI), http://www.seri.com.my/ di Jalan Brown, Pulau Pinang. Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi memberi ruang latihan yang sangat selesa dan “Mesra-Bayi”. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada kakitangan daripada Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA), USM yang telah memberi bantuan teknikal dan penyelenggaraan pendaftaran peserta.

Perkampungan selama 3 hari ini seolah terlalu pendek kerana sedar tak sedar, program telah pun berakhir dalam kerancakan peserta menimba ilmu. Namun, setiap peserta akur bahawa sesi pembelajaran tidak berakhir di sini, malah dengan berakhirnya bengkel tersebut, bermakna bermulanya eksplorasi setiap daripada mereka untuk meluaskan lagi pengetahuan dan berkongsi maklumat yang diperolehi dengan lebih ramai ibu-ibu serta keluarga yang memerlukan sokongan dalam penyusuan ibu.

Bagi pihak penganjur, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor, kami amat berharap program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap yang hadir dan semoga bengkel seterusnya iaitu Kawasan Tengah yang akan berlangsung di Klang pada 2 hingga 4 April, 2010 juga akan berjalan lancar.


Perbincangan dalam kumpulan


Pendapat setiap ahli kumpulan dalam perbincangan mereka


Masing-masing tekun mendengar taklimat daripada pelatih


Berbincang antara satu sama lain


Aksi para peserta berlakon…-keadaan di pusat jagaan kanak-kanak-


Penyampaian sijil-sijil setelah tamat latihan


“Network” yang menghubungkan mereka dan membuktikan bahawa kumpulan sokongan ini akan terus bergerak dalam memperluaskan lagi biidang penyusuan susu ibu.. 


“Network” yang dibentuk.. 


Antara barisan pelatih yang telah menjayakan program Peer Counselor for Northern Region…TAHNIAH!!!

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *