Alhamdulillah…Pada 30 April hingga 2 Mei yang lalu, bengkel ketiga “Peer Counselor” telah berjaya diadakan di Leenai Homestay, Kuantan, Pahang. Projek “Malaysian Breastfeeding Peer Counselor” anjuran SusuIbu.com ini telah dihadiri seramai 26 orang peserta dan 5 orang jurulatih. Bengkel ini merangkumi keseluruhan kawasan pantai timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini digunakan sebaik mungkin oleh para peserta demi menimba ilmu pengetahuan dan memartabatkan lagi penyusuan susu ibu. Mereka bukan sahaja mencari ilmu untuk diri sendiri malah ingin membantu ibu-ibu di sekeliling mereka yang masih tidak mendapat sokongan dan pengetahun dalam ilmu penyusuan. Kelas yang bermula seawall jam 8.30 pagi dan berakhir lewat petang, setiap hari tidak mematahkan semangat mereka untuk mengakhiri bengkel ilmu ini. Kebanyakan mereka bukan datang bersendirian, malah ditemani oleh insan tersayang.

Bengkel selama 3 hari ini terasa terlalu singkat bagi kesemua peserta kerana terlalu banyak yang perlu mereka pelajari. Walaupun bengkel ini sudah tamat, tidak bererti pembelajaran mereka tamat di sini sahaja. Mereka perlu meneruskan perjuangan ini dan menimba lebih banyak ilmu serta berganding bahu untuk membantu ibu-ibu di luar sana, juga saudara terdekat yang amat memerlukan sokongan dalam penyusuan ibu.

Bagi pihak Malaysian Breastfeeding Peer Counselor, mereka sangat berharap ilmu yang diberi ini dapat dikongsi bersama dengan ibu-ibu yang memerlukan bantuan terutama yang berada dalam jangkauan mereka. Bagi pihak penganjur, kami berharap agar bengkel seterusnya yang bakal diadakan di Melaka pada bulan Julai, 2010 juga akan berjalan lancar.

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *