Bengkel Latihan PPIMM Zon Pantai Timur tahun 2011 sudah selesai

Bengkel Latihan PPIMM Zon Pantai Timur tahun 2011 sudah selesai

Alhamdulillah...bengkel latihan bagi Zon pantai Timur telah berjaya diadakan selama tiga hari berturut-turut pada 14 -16 Mei 2011 di Pok Ju Homestay, Kuala Terengganu. Pihak pengurusan Program Penyusuan Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM) / Malaysian Breastfeeding Peer Counselors (MBfPC) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Walaupun peserta yang hadir kali ini dalam kumpulan yang agak kecil namun hikmahnya setiap peserta yang hadir mendapat perhatian maksimum sepanjang program berlangsung. Perkongsian pengalaman dan maklumat yang menjadi teras program ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan dalam kumpulan yang sederhana kecil seperti ini.

(more…)