Kathy M. Baker Dalam Ingatan



Kathy M. Baker adalah nama yang tidak asing lagi dalam bidang laktasi antarabangsa. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir dalam tidurnya pada 27 Mei 2010 yang lalu, di rumah beliau di Lombard, Illinois, Amerika Syarikat. Kathy meninggal dunia ketika umur beliau menjangkau 61 tahun. Merupakan bekas graduan Glenbard East High School pada tahun 1966. Kemudian beliau menyambung pengajian di Westley Memorial Nursing School di Chicago. Beliau juga adalah seorang IBCLC dan telah berkhidmat sebagai 'Leader' selama 30 tahun bersama La Leche League International. 

(more…)

Bengkel “Peer Counselor” Kawasan Timur berjalan lancar.



Alhamdulillah...Pada 30 April hingga 2 Mei yang lalu, bengkel ketiga “Peer Counselor” telah berjaya diadakan di Leenai Homestay, Kuantan, Pahang. Projek “Malaysian Breastfeeding Peer Counselor” anjuran SusuIbu.com ini telah dihadiri seramai 26 orang peserta dan 5 orang jurulatih. Bengkel ini merangkumi keseluruhan kawasan pantai timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

(more…)